Category Archives: Artikal

Imam O Imam

Hari ini dalam sejarah. Selalunya aku perasan tayangan pendek filem di TV1 “Hari Ini dalam Sejarah” mengisahakan riwayat hidup tokoh-tokoh yang berjasa pada Malaysia, sesuatu lokasi bersejarah tanah air, serta banyak lagi episod yang bersejarah. Filem pendek ini sekitar kurang dari 5 minit seingat aku masih bertahan sejak aku berada di bangku sekolah rendah lagi hingga ke hari ini. Namun, tanpa disedari aku juga mencatat filem pendek ini apabila dinobatkan sebagai Imam no. 8 di Surau Madinah (SM) Taman Pandan 2. Suatu yang tidak pernah aku impikan. Ini semua kerana inisiatif awal dari rakan kariah/jiran belakang rumah aku yang dikenali sebagai Razali Pisang (nama di talipon bimbit aku) memujuk Imam no. 1 Surau Madinah untuk membentuk satu saf imam-imam yang sedia untuk ditarbiah menjadi imam giliran di SM.

Episod-episod jadual giliran kami berjalan dengan baik, bermula dengan taklimat ringkas kepada imam-imam ini di-ikuti juga dengan lantikan kepada beberapa orang saf bilal-bilal muda. Dengan penuh rasa “masuliah” kami menerima lantikan ini secara percuma kerana lantikan kami juga secara percuma dan khidmat kami juga percuma. Aku selalu berbincang dengan barisan imam-imam yang lain dan sama-sama belajar menjadi Imam sesempurna dalam memimpin solat waktu. Aksi-aksi kami semakin mendebarkan lagi apabila menjadi giliran di bulan yang pernah dengan keberkatan “Bulan Ramadhan”. Dalam situasi kuman C19 yg semakin mengganas dan tiada menentu, setiausaha tanpa jemu-jemu dan kerap bertukar jadual giliran bertugas imam. Apatah lagi imam no. 1 SM diangkat menjadi imam di sebuah masjid berdekatan, tuntuan kami sebagai saf imam semakin mencabar. Di kalangan saf imam ini, ada seorang senior imam yang dikenali Imam Ya yang hafazannya mengalahkan aku. Beliau acap kali menegur aku, ” haji ni macam chips-more, kejap ada kejap tak ada”. Aku membalas dengan senyuman. Kerana ia adalah sebahagian sedekah. Imam Ya, sudah mencecah lebih 70an, tapi kudarat dia masih teguh dan mampu menyembelih ayam. Apa kaitan pula dengan sembelih ayam dengan jadi imam? Mungkin kerana doa ayam-ayam inilah, aku rasa Imam Ya mampu bertahan dan membimbing kami. Apatah lagi aku juga dilihat sebagai imam yang suka melipat dalam jadual giliran. Bukan sengaja tetapi disengajakan.

Ketahuilah pembaca budiman, Berikut adalah senarai nama-nama imam-imam lain di SM yang dikenali sebagai Imam Hj Rahman Madinah, Imam Azhar Air Force dan Imam Zuhaimi. Semua nama-nama ini bukanlah nama sebenar tapi orang sebenar. Nama-nama ini yang aku rekodkan dalam telefon bimbit aku. Aku juga selalu merujuk kepada abang sulongku, seorang juruteknik pencen RTM yang menginap di Selayang. Beliau juga imam sambilan di surau perumahan taman beliau, bertanya ilmu demi meningkatkan kualiti imam. Semasa sesi taklimat pertama oleh Imam no. 1 , Ust Zairey (juga nama direkodkan pada talipon bimbit), satu benda yang menyentap aku ialah di mana pesanan Ust Zairey ,menjadi imam adalah kerja Nabi. Memang bukan mudah nak dapat pesanan-pesanan begini di dalam kuliah-kuliah biasa, hanya pesanan luar biasa untuk imam-imam luar biasa sahaja yang mampu memikulnya.


Kesimpulan, Aku teringat pesanan as-Syahid Imam Hasan al-Bana (IHAB), imam mestilah pesanan Imam jua, di mana IHAB pernah menulis; penerusan sesuatu organsisasi yang baik kerana 3 faktor besar; iman yang mendalam, penyusunan yang rapi, jihad yang berterusan. Aku sangat yakin ini juga yang boleh mendorong kelangsungan saf imam-imam di SM. Lengkap-melengkapi adalah amalan yang berterusan sesama saf imam-imam SM. Apatah lagi “masuliah” ini juga mendorong kami berpeluang meraih pahala yang luas dan dalam masa yang sama jika disalahgunakan akan dipersoal oleh Allah swt. Kepada pembaca, berikanlah doa anda kepada kami semua untuk istiqomah (konsisten) dan istimrorriyah (meningkat)dalam melaksanakan “masuliah” yang berat tapi kerja mulia. KepadaMU aku berserah.


Abu Syafiq
2/9/2021
27 Muharram 1423

Penulis Ts. Dr. Hj Mohd Shafie Bakar merupakan pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik di UMP. Dilantik sebagai imam ke-8 di Surau Madinah. Terlibat dengan aktif dalam aktiviti anjuran surau madinah.

Scan QR Code atau Klik pada gambar QR Code
atau pautan di bawah untuk menyumbang

Jom infaq ke Tabung Online Surau Madinah
https://toyyibpay.com/Tabung-Surau-Madinah

PENJIMATAN ELEKTRIK: KE ARAH BUDAYA KERJA YANG BETUL MELALUI TUNTUTAN AGAMA

AssalamualaikumWarahmatullahHiwabarokatuuh Semua,
Tam tam…bunyi was dari hp aku berbunyi. Pakar ICT kariah kita Hafiz ICT (nama yg aku letak di HP) memohon jasabaik dari semua AJK utk mengimarahkan ruang udara www.suraumadinah.com yg sudah berusia 3 tahun. Jika tidak Hafiz ICT yg hantar pada aku sudah pasti aku sendiri tidak menyedari kewujudan web ini. Terpanggil diri ini utk berkongsi tentang sikit pengetahuan tentang “cara nak jimat elektrik kt rumah” (tajuk tu Hafiz ICT yg shoot juga)…Alhamdulillah aku baru saja balik menimba ilmu di Kuala Lumpur…masih panas ilmu yg ditimba dari seorang consultant yg banyak pengalaman di industri.
Sebenornya2 dari pengamatan aku yg cetek ini penjimatan elektrik boleh dibuat melalui perubahan pada “budaya bekerja”…dalam konteks rumah kita perlu dihebah2kan tentang konsep penjimatan elektrik…kita tahu lampu tak diguna kena OFF, pintu ais jangan dibuka terlalu lama, air-cond di set pada suhu yg sesuai, kipas angin yg tak diguna OFF, sterika yg tak guna OFF, computer yg tak guna OFF/set ke “hibernet mode”…dan lain2 yg semua utk boleh dirujuk pada laman http://www.tnb.com.my/business/energy-savings-at-work.html….tetapi semua ini tidak akan diendahkan oleh ahli keluarga kita jika tidak ada budaya bekerja yg betul…bapa pulok ni bro…tiba2 sebut budaya kerja di rumah?…apa maksud aku di sini? Budaya kerja maksudnya…1.setiap warga dlm rmh kita memainkan peranan masing2…cthnya…jika si anak melihat kipas angin di bilik tidur ayah/ibu ON dia perlu OFF, jika si adik terlupa OFF lampu bilik air si kak/abg perlu OFF kan…jgn tunggu “tu bukan adik yg buat”, “tu bukan angah yg buat”…Sedangkan dlm tuntutan Islam membazir tu pun dah dikira bersahabat dgn syaitan…2. boleh juga difikirkan suatu penguatkuasaan dilakukan utk mengubah budaya bekerja…huu yooo…penguatkuasaan pulok….macam deal dgn MPK pulok…contohnya (rumah aku pun baru nak buat…jgn mare)…kita blh umumkan di dalam rmh …sesiapa yg didapati tidak menutup suis lampu bilik air lepas keluar & didapati lampu ON selama lebih 5 minit perlu masukkan 20sen ke dalam “tabung PALESTIN”. Seterusnya kita boleh buat analisa sendiri…jumlah tabungan bulan pertama, bulan kedua dan seterusnya…lepas tu sikit2 kita membua perubahan yg berterusan…Islam sangat suka kita membuat sesuatu kerja yg sikit tetapi biarlah berterusan…dgn 2 langkah awal ini dpt kita sama2 laksanakan.
Akhir kalam…marilah aku mengajak diri sendiri utk kita mengubah budaya kerja di rmh pd yg lebih baik, lebih islamik dan lebih dipandang mulia di sisi Allah…akhirnya rmh kita menjadi rmhku syurgaku…jumpa di lain waktu…moga bermanfaat.
Oleh :
Mohd Shafie Bin Bakar

Semak arah qiblat

Hari ini adalah waktu yg sesuai untuk menyemak arah qiblat di rumah masing-masing menggunakan kaedah istiwa. Bagi tahun 2013 masihi bersamaan 1434 Hijri, berlaku 2 kali waktu istiwa iaitu pada 28 Mei 2013 dan 17 Julai 2013.

Apakah fenomena istiwa a’zam?
Bagaiman untuk menyemak arah qiblat di rumah masing-masing?

Ikuti video penerangan yang jelas dan mudah pada paparan di bawah :


Admin pernah mencuba kaedah ini pada tahun lepas iaitu pada 16 Julai 2012 jam 5.28 petang. Hasil semakan qiblat adalah seperti gambar di bawah.

Selamat mencuba…Wassalam..

Rujukan :
Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham
Pensyarah di Pusat Bahasa Moden Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
Blog : http://abidfana.com/

Perundangan Islam

Perundangan Islam / Undang-undang jenayah islam terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu seperti carta di atas. Untuk penerangan di website ini dipecahkan kepada 4 bahagian di bawah iaitu :

  1. Hudud
  2. Qisas
  3. Diyat
  4. Ta’zir

1. Hudud

Hudud dari segi bahasa adalah had, batas, larangan atau tegahan.


Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. 


Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. 


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Baqarah, 2:229).



Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud terbahagi kepada 7 bahagian iaitu :

1. Zina

Persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

HUKUMAN


Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. 


Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman; An-Nur Ayat 2

2. Qazaf

Qazaf ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.


HUKUMAN



1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.

2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.


Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq.

Sebagaimana Firman Allah Taala :

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; An-Nur Ayat 4



3. Minum Arak / Syurbul Khamri


Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.


Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. 


Firman Allah :




”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)


HUKUMAN


Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat.

Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.

4. Mencuri / Sariqah

Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu).


HUKUMAN


Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.

Sebagaimana dengan firman Allah :


Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Al-Maidah Ayat 38


Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

5. Menyamun / Merompak / Hirobah

Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.

HUKUMAN

  • Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
  • Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
  • Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara


Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.  Al-Maidah Ayat 33

6. Memberontak / Al-Bughoh

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Al-Hujurat Ayat 9

7. Murtad / Riddah

Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.

HUKUMAN


Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )


 # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang #

2- Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith.
Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. 
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.




Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.” (Surah Al-Baqarah, 2:178)

3. Diyat 


Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. 


Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.


Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. 


Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.



Firman Allah s.w.t. :





Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah Al-Baqarah, 2:178)

4. Ta’zir

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith.


Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

Rujukan


Nota Ustaz Roshaidi (SK. Permatang Badak)
Kompilasi Nota Surau
Al-Quran Nulkarim
Masjid Al-Azim.Com
Web Tayibah