Monthly Archives: September 2021

Imam O Imam

Hari ini dalam sejarah. Selalunya aku perasan tayangan pendek filem di TV1 “Hari Ini dalam Sejarah” mengisahakan riwayat hidup tokoh-tokoh yang berjasa pada Malaysia, sesuatu lokasi bersejarah tanah air, serta banyak lagi episod yang bersejarah. Filem pendek ini sekitar kurang dari 5 minit seingat aku masih bertahan sejak aku berada di bangku sekolah rendah lagi hingga ke hari ini. Namun, tanpa disedari aku juga mencatat filem pendek ini apabila dinobatkan sebagai Imam no. 8 di Surau Madinah (SM) Taman Pandan 2. Suatu yang tidak pernah aku impikan. Ini semua kerana inisiatif awal dari rakan kariah/jiran belakang rumah aku yang dikenali sebagai Razali Pisang (nama di talipon bimbit aku) memujuk Imam no. 1 Surau Madinah untuk membentuk satu saf imam-imam yang sedia untuk ditarbiah menjadi imam giliran di SM.

Episod-episod jadual giliran kami berjalan dengan baik, bermula dengan taklimat ringkas kepada imam-imam ini di-ikuti juga dengan lantikan kepada beberapa orang saf bilal-bilal muda. Dengan penuh rasa “masuliah” kami menerima lantikan ini secara percuma kerana lantikan kami juga secara percuma dan khidmat kami juga percuma. Aku selalu berbincang dengan barisan imam-imam yang lain dan sama-sama belajar menjadi Imam sesempurna dalam memimpin solat waktu. Aksi-aksi kami semakin mendebarkan lagi apabila menjadi giliran di bulan yang pernah dengan keberkatan “Bulan Ramadhan”. Dalam situasi kuman C19 yg semakin mengganas dan tiada menentu, setiausaha tanpa jemu-jemu dan kerap bertukar jadual giliran bertugas imam. Apatah lagi imam no. 1 SM diangkat menjadi imam di sebuah masjid berdekatan, tuntuan kami sebagai saf imam semakin mencabar. Di kalangan saf imam ini, ada seorang senior imam yang dikenali Imam Ya yang hafazannya mengalahkan aku. Beliau acap kali menegur aku, ” haji ni macam chips-more, kejap ada kejap tak ada”. Aku membalas dengan senyuman. Kerana ia adalah sebahagian sedekah. Imam Ya, sudah mencecah lebih 70an, tapi kudarat dia masih teguh dan mampu menyembelih ayam. Apa kaitan pula dengan sembelih ayam dengan jadi imam? Mungkin kerana doa ayam-ayam inilah, aku rasa Imam Ya mampu bertahan dan membimbing kami. Apatah lagi aku juga dilihat sebagai imam yang suka melipat dalam jadual giliran. Bukan sengaja tetapi disengajakan.

Ketahuilah pembaca budiman, Berikut adalah senarai nama-nama imam-imam lain di SM yang dikenali sebagai Imam Hj Rahman Madinah, Imam Azhar Air Force dan Imam Zuhaimi. Semua nama-nama ini bukanlah nama sebenar tapi orang sebenar. Nama-nama ini yang aku rekodkan dalam telefon bimbit aku. Aku juga selalu merujuk kepada abang sulongku, seorang juruteknik pencen RTM yang menginap di Selayang. Beliau juga imam sambilan di surau perumahan taman beliau, bertanya ilmu demi meningkatkan kualiti imam. Semasa sesi taklimat pertama oleh Imam no. 1 , Ust Zairey (juga nama direkodkan pada talipon bimbit), satu benda yang menyentap aku ialah di mana pesanan Ust Zairey ,menjadi imam adalah kerja Nabi. Memang bukan mudah nak dapat pesanan-pesanan begini di dalam kuliah-kuliah biasa, hanya pesanan luar biasa untuk imam-imam luar biasa sahaja yang mampu memikulnya.


Kesimpulan, Aku teringat pesanan as-Syahid Imam Hasan al-Bana (IHAB), imam mestilah pesanan Imam jua, di mana IHAB pernah menulis; penerusan sesuatu organsisasi yang baik kerana 3 faktor besar; iman yang mendalam, penyusunan yang rapi, jihad yang berterusan. Aku sangat yakin ini juga yang boleh mendorong kelangsungan saf imam-imam di SM. Lengkap-melengkapi adalah amalan yang berterusan sesama saf imam-imam SM. Apatah lagi “masuliah” ini juga mendorong kami berpeluang meraih pahala yang luas dan dalam masa yang sama jika disalahgunakan akan dipersoal oleh Allah swt. Kepada pembaca, berikanlah doa anda kepada kami semua untuk istiqomah (konsisten) dan istimrorriyah (meningkat)dalam melaksanakan “masuliah” yang berat tapi kerja mulia. KepadaMU aku berserah.


Abu Syafiq
2/9/2021
27 Muharram 1423

Penulis Ts. Dr. Hj Mohd Shafie Bakar merupakan pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik di UMP. Dilantik sebagai imam ke-8 di Surau Madinah. Terlibat dengan aktif dalam aktiviti anjuran surau madinah.

Scan QR Code atau Klik pada gambar QR Code
atau pautan di bawah untuk menyumbang

Jom infaq ke Tabung Online Surau Madinah
https://toyyibpay.com/Tabung-Surau-Madinah