Tazkirah Doa Siri 1 – Keutamaan Berdoa

Alhamdulilah..
Selawat dan salam buat junjungan nabi kita, Muhammad S.A.W..Semoga kita semua mendapat syafaat baginda di hari yang tidak ada yang mampu untuk memberikan syafaat melainkan syafaat baginda nabi Muhamaad S.A.W yang mulia ini.
Keutamaan berdoa..
Para sahabat sekalian,
Seringkali kita menadah tangan memohon hajat dan harapan  daripada Allah SWT kerana Dialah pemilik alam yang kita diami ini. Namun sedarkah kita bahawa doa dan harapan yang kita panjatkan itu adakah benar-benar datang dari lubuk hati kita atau sekadar lafaz biasa-biasa?. Dan  mengapakah harapan dan doa kita itu hanya berlegar sewaktu kita berada pada situasi cemas sahaja, seolah-olah Allah itu hanya berada bersama kita disaat getir sahaja ke?. Dimana Allah dihati kita jika keadaan kita disaat ini selamat, sihat dan bahagia ?.
Oleh sebab itu, penulis berhajat untuk kita bersama-sama meneladani amalan berdoa yang warid daripada Nabi s.a.w bersandarkan takhrij (membenarkan) dan juga tashih (mengesahkan) muhaddithin demi mengelak daripada mengambil doa yang jauh daripada amalan Nabi s.a.w.

Berdoa dalam erti kata berdoa yang sebenarnya. Bukan membaca doa tetapi berdoa. Sebelum penulis melanjutkan doa-doa yang boleh dikongsikan bersama, terdapat beberapa adab yang harus kita sama-sama jaga sebelum berdoa. Ini tidak ubah seperti kita memasuki rumah seseorang, perlu meminta izin, kemudia menjaga adab sepanjang bertamu, demikian jugalah saat kita memohon harap daripada Allah.

Sebelum kita semua berdoa, ada baiknya mengetahui terlebih dahulu adab-adab dalam berdoa.
ADAB-ADAB BERDOA
1.  Berdoa dalam keadaan ikhlas kepada Allah.
2. Memulakan dengan memuji Allah dan diikuti selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
3. Bersungguh-sungguh dalam berdoa. Kerana sangkaan Allah itu terletak pada sangkaan manusia kepadaNya.
4.  Mengangkat kedua belah tangan. Nabi s.a.w bersabda: 
   “Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu dan mulia. Dia malu terhadap hambaNya yang mengangkat tangannya berdoa tetapi tidak dimakbulkan permintaannya itu”. 
                                                        (HR Abu Dawud dan al- Tirmizi) 
5.  Memperbanyakkan bersabar apabila menanti dimakbulkan doa oleh Allah. Manusia itu sering hendak hajatnya cepat ditunaikan sedangkan Allah mengurniakan tepat pada waktunya. Nabi s.a.w bersabda :
    “ Dikabulkan doa seseorang daripada kalian selama mana dia tidak terburu-buru. Dia berkata: Aku sudah berdoa tetapi Allah tidak memakbulkannya “. 
                                                           (HR Bukhari dan Muslim)
6.  Berdoa dalam apa juga keadaaan bukan sekadar sewaktu cemas.
7.  Berdoa untuk tujuan kebaikkan bukan kecelakaan dan memutuskan  silaturrahim.
8.   Tidak berdoa di tempat maksiat.
9.   Merendahkan suara ketika berdoa.
10.   Berdoa dengan menyebut “ Ya Rabb” sebanyak tiga kali. Daripada Atha’ r.a. berkata :
“ Tidaklah seseorang hamba berkata “Ya Rabb”, sebanyak tiga kali melainkan Allah mendengar permintaanya”.
11. Doa juga perlu diulang-ulang sebanyak tiga kali sebagai tanda pentingnya hajat dan permintaan hajat itu.
12.  Menghadap ke arah kiblat.
13.Mengangkat kedua-dua belah tangan sewaktu berdoa. Bukan sekadar meletakkan tangan di atas riba seolah-olah tidak bermaya dalam berdoa sebaliknya bersungguh-sungguh menadah tangan mengharap diperkenankan hajat didalam berdoa.
14.  Berdoa dalam keadaan berwudu’.
15.  Menggunakan ayat yang ringkas namun padat dengan maksud doa itu.
16.  Menyeru nama-nama Allah dengan menyertakan asma’Nya yang mulia .
17.  Bertawasul dengan amal-amal soleh yang pernah dilakukan.
18.Makanan dan minuman mestilah bersumberkan daripada yang halal. Meninggalkan yang syubhah (meragukan) apatah lagi yang haram.
19.  Dalam amal seharian, memperbanyakkan amal makruf dan mencegah Kemungkaran.
20. Memulakan berdoa untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa kepada orang lain.
21.  Menyapu muka selepas berdoa. Dalilnya datang daripada Ibn Abbas  
 berkata : 
“ Apabila kamu memohon kepada Allah, mohonlah dengan tapak-tapak tangan kamu dan janganlah memohon dengan belakang tapak tangan kamu. Sapulah muka kamu dengan tapak tangan .”
                             (HR 
Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim).
22. Mengaminkan doa yang dibaca. Bagi doa yang dipanjatkan secara berjemaah, wajar makmum mengaminkan doa yang didoakan oleh imam dengan menyebut “amin” yang bermaksud perkenankanlah Ya Allah. Ini kerana jika lafaz “amin” yang diucapakan itu bertepatan dengan “amin” para malaikat, maka dosa-dosanya yang lalu diampunkan oleh Allah. Sabda Nabi Muhammad s.a.w bermaksud : 
   “ Sekiranya imam mengatakan “amin” maka ucapkanlah “amin”. Sesiapa yang ucapan aminnya  itu bertepatan dengan ucapan amin para malaikat, segala dosanya yang lalu akan diampunkan oleh Allah.” 
                                                                (HR  Bukhari, Muslim).
23.  Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah.

Rujukan :
Zahazan Mohammed. (2006). 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran Khasiat & Khaifiat Beramal. Selangor, Malaysia : TelagaBiru Sdn. Bhd.
Zahazan Mohammed. (2007). 101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih. Selangor, Malaysia : Telaga Biru Sdn. Bhd.  


Penulis Che Zairey Che Mansor merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Mat Kilau Kuantan. Dilantik sebagai imam di Surau Madinah. Terlibat dengan aktif dalam aktiviti anjuran surau madinah.



PENJIMATAN ELEKTRIK: KE ARAH BUDAYA KERJA YANG BETUL MELALUI TUNTUTAN AGAMA

AssalamualaikumWarahmatullahHiwabarokatuuh Semua,
Tam tam…bunyi was dari hp aku berbunyi. Pakar ICT kariah kita Hafiz ICT (nama yg aku letak di HP) memohon jasabaik dari semua AJK utk mengimarahkan ruang udara www.suraumadinah.com yg sudah berusia 3 tahun. Jika tidak Hafiz ICT yg hantar pada aku sudah pasti aku sendiri tidak menyedari kewujudan web ini. Terpanggil diri ini utk berkongsi tentang sikit pengetahuan tentang “cara nak jimat elektrik kt rumah” (tajuk tu Hafiz ICT yg shoot juga)…Alhamdulillah aku baru saja balik menimba ilmu di Kuala Lumpur…masih panas ilmu yg ditimba dari seorang consultant yg banyak pengalaman di industri.
Sebenornya2 dari pengamatan aku yg cetek ini penjimatan elektrik boleh dibuat melalui perubahan pada “budaya bekerja”…dalam konteks rumah kita perlu dihebah2kan tentang konsep penjimatan elektrik…kita tahu lampu tak diguna kena OFF, pintu ais jangan dibuka terlalu lama, air-cond di set pada suhu yg sesuai, kipas angin yg tak diguna OFF, sterika yg tak guna OFF, computer yg tak guna OFF/set ke “hibernet mode”…dan lain2 yg semua utk boleh dirujuk pada laman http://www.tnb.com.my/business/energy-savings-at-work.html….tetapi semua ini tidak akan diendahkan oleh ahli keluarga kita jika tidak ada budaya bekerja yg betul…bapa pulok ni bro…tiba2 sebut budaya kerja di rumah?…apa maksud aku di sini? Budaya kerja maksudnya…1.setiap warga dlm rmh kita memainkan peranan masing2…cthnya…jika si anak melihat kipas angin di bilik tidur ayah/ibu ON dia perlu OFF, jika si adik terlupa OFF lampu bilik air si kak/abg perlu OFF kan…jgn tunggu “tu bukan adik yg buat”, “tu bukan angah yg buat”…Sedangkan dlm tuntutan Islam membazir tu pun dah dikira bersahabat dgn syaitan…2. boleh juga difikirkan suatu penguatkuasaan dilakukan utk mengubah budaya bekerja…huu yooo…penguatkuasaan pulok….macam deal dgn MPK pulok…contohnya (rumah aku pun baru nak buat…jgn mare)…kita blh umumkan di dalam rmh …sesiapa yg didapati tidak menutup suis lampu bilik air lepas keluar & didapati lampu ON selama lebih 5 minit perlu masukkan 20sen ke dalam “tabung PALESTIN”. Seterusnya kita boleh buat analisa sendiri…jumlah tabungan bulan pertama, bulan kedua dan seterusnya…lepas tu sikit2 kita membua perubahan yg berterusan…Islam sangat suka kita membuat sesuatu kerja yg sikit tetapi biarlah berterusan…dgn 2 langkah awal ini dpt kita sama2 laksanakan.
Akhir kalam…marilah aku mengajak diri sendiri utk kita mengubah budaya kerja di rmh pd yg lebih baik, lebih islamik dan lebih dipandang mulia di sisi Allah…akhirnya rmh kita menjadi rmhku syurgaku…jumpa di lain waktu…moga bermanfaat.
Oleh :
Mohd Shafie Bin Bakar