Kuliah Subuh 7 Ramadhan 1435H – 7 Golongan Yang Akan Di Naungi Di Padang Mashyar oleh Ustaz Khairul Azmi Mudir Darul Fikri

Intipati kuliah berkaitan “7 Golongan Yang Akan Di Naungi Di Padang Mashyar”

  • Di padang mashyar kelak manusia akan berpeluh…Ada yg berpeluh sehingga ke buku lali, ada yg sampai ke pusat, ada yg tenggelam ke dlm lautan peluh…
  • Dalam himpunan seluruh manusia tersebut, ada golongan yang tidak berpeluh
  • Mereka ini adalah ketika di dunia mempunyai 7 ciri-ciri di bawah :

  1. Pemimpin Yang Adil
    Pesan Tuan Guru Nik Aziz , ciri2 utama pemimpin bukanlah cerdik tetapi amanah.. Banyak negara yg pemimpinnya cerdik pandai tetapi negara tetap miskin krn berlaku salah guna kuasa pemimpin
  2. Pemuda Yang Habiskan Masa Muda DI Jalan Allah                                       Secara adatnya ramai orang tua yg mati dahulu…Tetapi pada masa sekarang kita dapat lihat ramai orang muda yang mati dahulu…Jgn terpedaya dgn waktu muda
  3. Hati Yang Bergantung Kepada Rumah Allah
    Sebaik-baik tempat adalah di surau/masjid , seburuk-buruk tempat ialah pasar
  4. Orang yang berkasih sayang kerana Allah
    Contoh hadir solat & dengar tazkirah di surau/masjid.
  5. Di goda oleh wanita yang cantik & berpangkat tetapi di tolak kerana takutkan Allah
  6. Bersedekah dengan penuh keikhlasan
    Tidak termasuk sedekah untuk mencapat matlamat dunia. Cth : Bagi sumbangan kpd pihak tertentu untuk mendapatkan projek atau keuntungan.
  7. Golongan yang mengingati Allah lalu menitis air mata
    Manusia kebiasaannya menangis kerana dapat nikmat atau dlm keadaan sedih

Kesimpulan :

  • Kebanyakan Orang kaya tidak pernah puas cari harta dunia , Golongan Ulama tidak pernah puas mencari ilmu akhirat
  • Orang yg istiqamah hadir solat jemaah di masjid/surau telah memiliki beberapa ciri 7 golongan yg dinaungi..Antaranya ciri 3 dan 4…
  • Di padang mashyar mereka akan bersama pemimpin yg mereka ikuti ketika di dunia ini
  • Audit diri…sentiasa ingat mati…ingat azab kubur…titian sirat

Leave a Reply to akisoleh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *