Semak arah qiblat

Hari ini adalah waktu yg sesuai untuk menyemak arah qiblat di rumah masing-masing menggunakan kaedah istiwa. Bagi tahun 2013 masihi bersamaan 1434 Hijri, berlaku 2 kali waktu istiwa iaitu pada 28 Mei 2013 dan 17 Julai 2013.

Apakah fenomena istiwa a’zam?
Bagaiman untuk menyemak arah qiblat di rumah masing-masing?

Ikuti video penerangan yang jelas dan mudah pada paparan di bawah :


Admin pernah mencuba kaedah ini pada tahun lepas iaitu pada 16 Julai 2012 jam 5.28 petang. Hasil semakan qiblat adalah seperti gambar di bawah.

Selamat mencuba…Wassalam..

Rujukan :
Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham
Pensyarah di Pusat Bahasa Moden Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
Blog : http://abidfana.com/

Gotong Royong Surau Madinah Tahun 2013 Bersama Anggota Bomba Taman Tas

Surau Madinah – 16 Rejab 1434 H bersamaan 26 May 2013 :: Gotong-royong antara penduduk setempat dan jemaah surau madinah bersama anggota Bomba berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Objektif gotong-royong adalah utk membersihkan kawasan dalaman surau , laluan longkang & paip yg tersumbat di luar surau dan juga persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Dengan bantuan penduduk kampung & pihak Bomba, kesemua perancangan tersebut telah berjalan dengan lancar.

Moga kerjasama sebegini akan berterusan di masa-masa yg akan datang…. Doakan semoga semakin ramai penduduk kampung dapat hadir ke surau & sekaligus dapat memberi kefahaman agama yg lebih jelas kpd masyarakat setempat.

Di bawah adalah beberapa gambar aktiviti gotong-royong & video pembersihan paip yg tersumbat oleh pihak Bomba Taman Tas.


Mesyuarat Agung Surau Madinah Kali Ke 5

Surau Madinah – 14 Rejab 1434 H bersamaan 24 May 2013 :: Mesyuarat agung surau madinah kali ke-5 telah diadakan di dewan serbaguna pada hari Jumaat lepas. Mesyuarat yang diadakan setiap 2 tahun sekali itu telah dihadiri seramai 44 orang terdiri daripada jemaah surau dan penduduk sekitar.

Jawatankuasa baru bagi tahun 2013/2014 adalah seperti di bawah :
Pengerusi
—————-
Ustaz Muhamad Yusoff B. Awang

Timb. Pengerusi
————————
Ustaz Shamsul Bin Ismail

Setiausaha
——————
En Ahmad Hamidon Bin Jimian

Bendahari
——————
En Rosli B. Kamaruzaman

Pemeriksa Kira-Kira
———————————
1- Che Zairey Che Mansor
2- Zaidin B Mohamad

AJK 
——-
1- Tn Haji Yusof Bin Harun
2- En Yahya B Razali 
3- En Ahmad Zamzamin B. Ahmad 
4- En Adnan B Mat Zin 
5- En Wan Mohd Hafiz Wan Harun 
6- En Ryzal Abd Samat
7- En Mohd Shafie Bakar
8- En Kamarul Arifin Mohamed
9- En Hishamudin Ahmad
10- En Zulkarnain B Rawi
11- Pn Azian Bt Mohd Said 
12- Ustazah Rohani Bt Harun
13- Pn Zubaidah Bt Jusoh 
14- Pn Rumaino Bt Ngah 
15- Pn Suriani Bt Yahya

Diharap jawatankuasa baru ini dapat meneruskan kesinambungan tugas & amanah dengan istiqamah. Semoga surau madinah akan terus segar dengan program-program keagaaman.