Assalamualaikum…Kempen 1 hari = 1 RM pernah di buat pada tahun lepas….Kita semarakkan kembali kempen yg sama pada tahun ini.. Untuk makluman semua, sumbangan anda semua telah digunakan sebaik mungkin utk aktiviti surau madinah. Antaranya :

1- Pembinaan Dewan Makan Surau Madinah
2- Pembinaan Pagar Fasa 1 (Pagar belakang surau)
3- Pembinaan Pagar Fasa 2 (Pagar Tepi surau)
4- Bayaran penceramah untuk kuliah

Surau madinah memerlukan dana yg berterusan dr anda semua utk menjalakan aktiviti-aktiviti sedia ada & perancangan untuk aktiviti-aktiviti terbaru..

Hulurkan sumbangan anda ke tabung surau madinah di :

– Petronas Jalan Kuantan Bypass
– Tabung di surau madinah

atau bank-in ke akaun


Bank Islam  06-019-01-006876-1


Kepada yg membaca blog ini mohon di war-warkan kepada sahabat2 yg lain….Jika tidak mampu menyumbang dlm bentuk wang tunai, sekurang-kurangnya kita menyumbang dari segi hebahan kpd pelayar internet yg lain ataupun di buat hyperlink di blog / facebook masing-masing.  

Semoga Allah memberkati segala sumbangan anda & dilimpahi rahmat dan rezeki yang bertambah dari Allah SWT. ….Jazakumullahu khairan (“Semoga Allah membalas  dengan kebaikan yang setimpal.”)


Sedikit perkongsian tazkirah….
Ada 4 pahala yang terus mengalir ke akaun kita selepas kita meninggal dunia :

1. Pahala Murabith iaitu mereka yang bertugas menjaga sempada negeri atau negara Islam daripada serangan musuh.



2. Pahala mengajar ilmu yang baik. 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.” (Riwayat Muslim)
 .

3. Pahala Sedekah Jariah.

Sedekah jariah ertinya, sedekah yang mengalir. Ertinya bahan sedekah kita itu, selama ia masih diguna dan dimanfaatkan, walaupun kita telah meninggal dunia, pahalanya tetap mengalir masuk dalam akaun kita. Contohnya, bersedekah untuk membina masjid, menderma sajadah, membeli buku pelajaran dan sebagainya.


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali…salah satu drp seruannyanya ialah :
“Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan”  

4. Pahala dari doa anak yang soleh