Gotong – Royong Surau Madinah

Surau Madinah – 17 Rejab 1432 H bersamaan 19 Jun 2011 :: Gotong-royong kali ke-2 pada tahun 2011 telah berjaya dilaksanakan di surau madinah. Gotong -royong pertama telah dilakukan pada 17 April yg lepas.

Objektif gotong-royong kali ini adalah utk membersihkan kawasan dalaman surau , laluan longkang & paip yg tersumbat di luar surau dan juga persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Dengan bantuan penduduk kampung & pihak Bomba, kesemua perancangan tersebut telah berjalan dengan lancar.

Moga kerjasama sebegini akan berterusan di masa-masa yg akan datang…. Doakan semoga semakin ramai penduduk kampung dapat hadir ke surau & sekaligus dapat memberi kefahaman agama yg lebih jelas kpd masyarakat setempat.

Di bawah adalah beberapa gambar aktiviti gotong-royong & video pembersihan paip yg tersumbat oleh pihak Bomba Taman Tas.

” Hari ini kita bersihkan rumah Allah ; di alam kubur kelak Allah akan “bersihkan” rumah kita…..Inyaallah “

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *