Kitab Tarbiyatul Aulad Fi Islam – Fasa 1 : Perkahwinan Misali & Pertalian Dgn Pendidikan

Mursyid : Ustaz Fadli
Kuliah : Surau Madinah
Masa: 24 April 2011
Kitab : Tarbiyatul Aulad Fi Islam
Bab : Perkahwinan Misali & Pertalian Dgn Pendidikan

Perkahwinan boleh di bincangkan mengikut 3 kaedah di bawah :

  1. Perkahwinan itu adalah fitrah manusia
  2. Perkahwinan itu adalah maslahat kemasyarakatan
  3. Perkahwinan itu adalah pensucian & pilihan

1) Perkahwinan itu adalah fitrah manusia
2) Perkahwinan itu adalah maslahat kemasyarakatan

Perkahwinan itu mengandungi berbagai-bagai faedah umum & maslahat-2 kemasyarakatan. Antara yang dihuraikan oleh penulis (Abdullah Nasih Ulwan) terbahagi kepada 7 iaitu :

  1. Pemeliharaan terhadap benih-benih manusia
  2. Pemeliharaan terhadap keturunan
  3. Keselamatan masyarakat dari kerosakan moral
  4. Keselamatan masyarakat dari penyakit
  5. Ketenteraman rohani & naluri
  6. Kerjasama kedua suami-isteri dlm membangunkan keluarga & mendidik anak-anak
  7. Perasaan belas-kasihan ibu bapa yang tinggi


3) Perkahwinan itu adalah pensucian & pilihan

Di dalam Islan telah di tetapkan cara & hukum dalam memilih calon suami / isteri. Jika manusia berpegang teguh dengan kaedah yg telah ditetapkan oleh Islam, nescaya perkahwinan itu akan berjalan lancar dlm cara yg penuh sefahaman, cinta menyintai & direstui. Di bawah adalah kaedah pemilihan tersebut :

Pertama : Pemilihan atas dasar agama

At-Thabarani telah meriwayatkan di dlm kitabnya Al-Ausath drp Anas r.a bahwasanya Nabi s.a.w telah bersabda :


“Barangsiapa yg mengahwini seorang wanita kerana ketinggiannya, niscaya Allah tiada menambahnya melainkan kehinaan.
Barangsiapa yg mengahwini seorang wanita kerana hartanya, niscaya Allah tiada menambahnya melainkan kepapaan.
Barangsiapa yg mengahwini seorang wanita kerana keturunannya, niscaya Allah tiada menambahnya melainkan kerendahan
.

Dan barang siapa yg mengahwini seorg wanita , tiada diharapkan daripadanya melainkan supaya dia dapat menutup pemandangannya, memelihara kemaluannya, atau menyambung tali silatur-rahimnya, niscaya Allah akan memberi berkat baginya pada wanita itu, dan memberi berkat bagi wanita itu padanya”

Kedua : Pemilihan atas dasar keturunan & kehormatan

Ketiga : Berkahwin dengan wanita-wanita yang asing

Keempat : Mengutamakan berkahwin dengan si dara

Kelima : Mengutamakan berkahwin dengan wanita yang banyak anak

Bersambung pada kuliah akan datang iaitu pada hari Ahad – 22 May 2011…wassalam