Sumbangan Ikhlas Untuk Surau Madinah

Assalamualaikum,

Sedikit tazkirah tentang derma untuk tatapan kita semua.

Ada 4 pahala yang terus mengalir ke akaun kita selepas kita meninggal dunia :

1. Pahala Murabith iaitu mereka yang bertugas menjaga sempada negeri atau negara Islam daripada serangan musuh.

2. Pahala mengajar ilmu yang baik.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.” (Riwayat Muslim)
 .

3. Pahala Sedekah Jariah.

Sedekah jariah ertinya, sedekah yang mengalir. Ertinya bahan sedekah kita itu, selama ia masih diguna dan dimanfaatkan, walaupun kita telah meninggal dunia, pahalanya tetap mengalir masuk dalam akaun kita. Contohnya, bersedekah untuk membina masjid, menderma sajadah, membeli buku pelajaran dan sebagainya.

4. Pahala dari doa anak yang soleh

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali…salah satu drp seruannyanya ialah :
“Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan” 

Semoga sumbangan yg kecil ini menjadi salah satu amalan soleh kita yg boleh di bawa ke alam kubur kelak…

Hulurkan sumbangan anda ke tabung surau madinah atau ke akaun surau madinah Perkampungan Pandan Damai 2, Kuantan Pahang Di nombor akaun Bank Islam  06-019-01-006876-1

Sumbangan anda akan digunakan untuk aktiviti2 surau seperti kuliah (yg hampir setiap hari), pembelian & maintenance peralatan2 surau dan program2 khas seperti forum perdana dsb. Lawati kami di facebook dengan carian “surau madinah” untuk maklumat lanjut tentang aktiviti surau kami.

Kepada yg membaca blog ini mohon di war-warkan kepada sahabat2 yg lain….Jika tidak mampu menyumbang dlm bentuk wang tunai, sekurang-kurangnya kita menyumbang dari segi hebahan kpd pelayar internet yg lain ataupun di buat hyperlink di blog / facebook masing-masing. 

Semoga Allah memberkati segala sumbangan anda & dilimpahi rahmat dan rezeki yang bertambah dari Allah SWT. ….Jazakumullahu khairan (“Semoga Allah membalas  dengan kebaikan yang setimpal.”)


Rujukan tazkirah:
Nasbunnuraini Blog